Nuffnang

Selasa, 26 Februari 2013

RUMPAI LAUT ( PURE MARINE COLAGEN)

Apakah rumpai laut ini?

Kenapa sekarang produk ini terlalu terkenal, di sana-sini orang menyebut tentang kebaikan produk ini?

Sebenarnya ramai orang sudah mula sedar tentang pentingnya produk semulajadi, bila ada produk yang semulajadi yang terbukti berkesan tentulah ramai orang yang suka.. 

Keadaan laut yang di penuhi rumpai ( seaweed)

Rumpai laut yang di jemur ( proses Pengeringan)
 

JENIS-JENIS RUMPAI LAUT

Jenis-jenis rumpai laut yang terkenal dari Jepun adalah seperti nori, hijiki, wakame, arame, kombu dan dulse. Nori berwarna ungu-kehitaman yang akan bertukar kepada warna hijau apabila dibakar dan amat popular digunakan dalam membuat sushi. Korang yang minat sushi tu mesti tau kan rumpai yg nipis warna hijau tu..

Jenis-jenis rumpai laut di Malaysia terutamanya di Sabah ialah dari keluarga  Euchema dan terdiri daripada beberapa jenis


  • Rumpai laut (seaweed) spesis Euchema cottonii atau Euchema kappayachus alvarezii, nama tempatan Agar-Agar.
  • Ecuhema adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di Negeri Sabah, Malaysia Timur.
  • Ianya boleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau dalam medium air yang bergerak perlahan.
  • Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses bio-kemikal dan bio teknologi.
Perbezaan diantara kedua-dua spesis ini ialah Eucheuma Spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma Cottoni tidak.
 
 2 JENIS YANG PALING "FAMOUS " DI MALAYSIA (Gred AA & Gred AAA)
 
 
 
Ok.. Sila tengok di bawah :-

RUMPAI LAUT KERING SABAH (PURE COLLAGEN SEMULA JADI) 
TERKENAL UNTUK KECANTIKKAN KULIT DAN UBAT DIET SEMULA JADI! 100% SEMULA JADI! TANPA BAHAN KIMIA.....
* PERNAH DISIARKAN DALAM RANCANGAN NONA AT TV3 20 MEI 2012.
DIKENALI SEBAGAI “SARANG BURUNG LAUT” OLEH MASYARAKAT CINA.
RUMPAI LAUT MENTAH
Mari kita tengok apa kelebihannya pulak ...

Merupakan sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia.


KOLAGEN - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.


KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.


ANTIOKSIDA - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.


VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.

PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.

OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan.

Rumpai laut membantu kita...

. mencerah, menegang, melembab dan menghaluskan struktur kulit.
. me cerahkan pigment, parut dan kegelapan kulit.
. mencegah dan mengurangkan kedutan(awet muda).
. menganjalkan kulit, punggung & payudara.
.mencegah dari keguguran rambut, kuku rapuh & rambut putus.
. menguatkan dan menjadikan rambut, kuku lebih bersinar.
. mengurangkan masalah kulit berminyak/kering/jerawat & pelbagai masalah kulit.
. meningkatkan sistem imunisasi badan dan melaraskan berat badan.
.membantu badan(perlu minum banyak air masak), antibakteria dan memudahkan pembuangan air besar(sembelit).
. mengawal tekanan darah dan hypotension.
. menormalkan fungsi kelenjar tiroid dan menghapuskan neftritis, arritis, basal.
. Baik jg utk mereka yg mengidap sakit tulang belakang & sengal2 badan kerana ia mampu mengisi rawan antara sendi,menguatkan tulang sendi & legimen.
. melembutkan tapak tangan dan merawat tumit kaki yg merekah.
. mengangkat kembali kulit yg kendur dan mengeleber.
. Kulit kelihatan kemerahan, tegang & glowing.
. menghilangkan black circle dan eyebag.
. Mengetat, menguat & menganjalkan vigina


Cara Penyediaan :
1. Kolagen ini di basuh berulang-ulang kali kerana ianya disaluti garam. Basuh 4-5 kali dengan rendam selama 10-20 minit setiap kali
2. Selepas itu rendam semalaman.. 
3. Rebus sehingga mendidih dengan air bersih (nisbah 1:3 (air)- 15-20 minit
4. Sejukkan di dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk, Ia akan beku ( seperti agar-agar) dan boleh digunakan bila perlu contohnya untuk di tambah di dalam minuman atau makan secara terus

Cara Pengambilan
1. Ambil 2 kali sehari 3-4 sudu sebelum sarapan dan sebelum tidur ( sebaiknya semasa perut kosong)
2. Boleh di makan terus atau dimasukkan ke dalam jus/minuman untuk lebih enak
3. Perlu lebih banyak minum air kosong untuk melancarkan pembuangkan toksin dalam badan.(2.5 - 3.0 liter sehari atau 8 gelas)

Cara membuat masker muka:
1. Selepas rumpai laut di rebus, tapiskan dahulu... sisa tapisan itulah digunakan utk buat masker... tunggu hingga sejuk...
2.cuci muka dahulu.
3. sapukan pada muka & leher(rasa sejuk & lembab)
4. Tunggu hingga masker kering @ dalam 1/2 jam.
5. Basuh dgn air suam hingga bersih.
6. Lapkan muka... Anda akan rasa kulit lembab,licin, gebu, cerah & tegang walaupun hanya dengan pemakaian masker yg pertama kali.


Sebagai perapi /conditioner rambut
1. Ambil air rendaman rumpai laut ( yang semalaman) dan sapukan pada seluruh kulit kepala dan rambut
2. Biarkan selama 30 minit dan di cuci dengan air bersih
3. Rambut akan lebih lembut dan mudah di sikat.
4. Kaedah ini juga boleh melebatkan rambut kerana ia menguatkan akar rambut ( elak rambut gugur)

http://resepipilihan-lizaharun.blogspot.com/2012/11/rumpai-laut-mentah-kolagen-mampu.html


Menghilangkan rekahan pada kaki
1. Ambil air rendaman rumpai laut ini juga dan sapukan perlahan-lahan ( seperti lotion) pada tapak kaki dan tumit yang merekah.

 

SABUN KOLAGEN RUMPAI LAUT & VITAMIN ACE



Berasaskan bahan semulajadi glycerin daripada minyak kelapa sawit....
dan campuran bahan aktif kolagen rumpai laut dan Vitamin ACE









Kolagen rumpai laut..

- mengembalikan semula kolagen pada kulit yang semakin berkurangan apabila umur meningkat
- Menganjalkan kulit
- mengurangkan jeragat
- mencerahkan kulit
-Mengurangkan parut/kesan jerawat

Kebaikan vitamin ACE
- anti oksidan yang sangat penting untuk mengawal radikal bebas. Radikal bebas ialah molekul-molekul yang tidak stabil pada kulit dan tubuh kita. Ia terjadi disebabkan beberapa perkara seperti terdedah pada matahari, persekitaran yang tidak sihat, penggunaan kosmetik yang bahaya dan sebagainya. Molekul-molekul ini pada mulanya stabil ( sepasang) tetapi apabila terganggu daripada keadaan di atas ia terpecah dan menjadi tidak stabil. Ia telah rosak dan di sinilah pentingnya Vitamin ACE ini sebagai anti oksidan untuk memperbaiki semula sel-sel yang rosak ini.

Vitamin-vitamin ini biasanya secara semulajadi terdapat di persekitaran kita iaitu di dalam makanan seharian kita.
Vitamin  A biasanya terdapat di dalam minyak ikan dan sayuran berwarna oren ( carot, tomato, minyak kelapa sawit yang belum di tapis).

Vitamin C pula terdapat di dalam sayuran dan buah-buahan seperti kiwi, strawberry, orange dan tomato

Vitamin E tredapat di dalam minyak-minyak semulajadi seperti minyak kelapa, minyak zaiton, minyak jagung dan minyak habatusauda 


Sabun ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif

Ia melembabkan kulit dan memperbaiki semula sel-sel kulit yang rosak. 

Membekalkan vitamin A, C & E  kepada kulit.

Mencerahkan kulit

Meningkatkan keelastikan kulit / tegang

Melembutkan kulit





Untuk kulit sensitif terutamanya kulit muka yang nipis akibat penggunaan kosmetik yang mempunyai  bahan kimia bahaya seperti hidrokuinon, merkuri dan hidrogen perokside... sangat sesuai kerana sabun ini akan memperbaiki semula sel-sel kulit yang rosak..