Nuffnang

Selasa, 5 Mac 2013

Cuka nipah dan masalah jeragat

Scientif name : Nypa fructan
Dihasilkan melalui kaedah fermentasi( penapaian) buah nipah menghasilkan nira dan seterusnya cuka  
   ( cider vinegar). Kebaikannya sama seperti cuka buah-buahan yang lain seperti cuka apple, kurma, kelapa atau nenas.

pH antara 3-4. Bersifat asid iaitu asid asetik
Ph yang sesuai untuk peeling ( pengelupasan) sel kulit mati pada muka. 
AHA ( Alpha hidroksi asid) semulajadi
Pengelupasa berlaku secara semulajadi iaitu tidak bahaya seperti bahan kimia seperti hidrokuinon, merkuri, hydrogen peroksid(H2O2)

Sabun Cuka nipah
Sabun berasaskan kelapa sawit ( glycerin) dengan tambahan cuka nipah untuk pengelupasan selamat bagi menanggalkan sel-sel kulit mati seperti masalah jeragat (pigmentasi), freckle (tetua), bintik hitam dan juga boleh mencerahkan kulit.

Pesan Nabi Muhammad saw tentang cuka(khal)

Nabi Muhammad SAW juga amat menggalakkan umatnya  mengamalkan meminum cuka (KHAL) dari herba untuk kebaikkan dan kesihatan ini.
Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
Antara Khasiat cuka nipah:
1.Boleh mengubati kencing manis
2.Menurunkan tekanan darah tinggi
3.Memecah batu karang
4.Menurunkan kolestrol dan mengubati sakit jantung
5.Melegakan sakit gout
6.Boleh jugak mengubati penyakit migrain
7.Mencegah obesiti
8.Buasir
9.Masalah usus
10.Sembelit
11.Membuang toksik dalam badan
12.Menstabilkan kepanasan badan
13.Penjagaan kulit dan kecantikan badan semulajadi.
Fakta Kulit dan kaitan Jeragat @ pigmentasi

Rujukan
  • Sejenis penyakit kulit.
  • Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag;
    • Seborrhoeic keratoses timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.
    • Melasme - tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
    • Skin Tag - Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher.
  • Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor.
  • Rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim.
  • Individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat.

Kulit
  • Kulit adalah organ terbesar yang memiliki berat sekitar enam paun, kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.
  • Kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat.
  • Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.
  • Vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolegen dan pemutihan kulit.
  • Asid lemak (EFAs) penting sebagai membentuk lapisan yang menghalang kehilangan kelembapan kulit, penting bagi mengatasi masalah kedutan dan kering.
  • Kandungan air penting untuk kelembapan kulit.
  • Kulit manusia terbahagi kepada dua lapisan utama iaitu epidermis dan dermis.
  • Secara saintifik, kulit mengawal suhu badan, menyimpan air, lemak dan vitamin D.
  • Kulit yang terdedah pada cahaya matahari menghasilkan pigmen melanin yang berlebihan untuk melindungi daripada pancaran UV sehingga menyebabkan pigmentasi.
  • Masalah tekanan seperti eczema akan merosakkan kulit.

Penjagaan kulit
  • Kulit harus dibasuh, dilindungi dengan krim pelembap dan pelindung matahari.
  • Lindungi kulit daripada sinaran matahari dari jam l2 tengah hari sehingga 4 petang.
  • Gunakan krim tabir suria dengan SPF15 dan ke atas.
  • Jika bersolek, gunakan kosmetik dengan pelindung sinaran matahari SPF15 dan ke atas.
  • Jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok.
  • Gunakan krim pelembap untuk mencegah kekeringan kulit.
  • Cahaya matahari yang mengandungi sinaran UV mempercepatkan proses penuaan dan pigmentasi, elakkan kulit terdedah terlalu lama pada cahaya matahari.

"Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 40 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik.

"Bagi wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat lebih besar.

"Malah, masalah pigmentasi juga dikesan daripada pengambilan ubat seperti pil perancang, amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotic seperti minocydine dan lain-lain lagi," katanya.

Tiada ulasan: